PERMOHONAN KEMASUKAN SESI MEI/JUN 2025 KINI DIBUKA
KOLEJ UNITI - PANORAMIC COLLEGE QUALITY EDUCATION
Berilmu . Berakhlak . Berbakti


Latar Belakang Kolej UNITI
Ditubuhkan pada 27 Januari 1997. Lokasi kampus bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Selama 23 tahun ini UNITI telah melahirkan ramai graduan yang berkualiti didalam pelbagai sektor dan lebih dari 19 kursus diperingkat Diploma ditawarkan pada masa ini. Diiktiraf oleh MQA , KPM & JPA. Kini, UNITI telah mempunyai 2 kampus iaitu kampus induk di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Kampus ke-2 di Kota Bharu, Kelantan.


PROGRAM USAHASAMA UiTM & UPM
Kolej Uniti merupakan IPT yang menjalankan program Bersekutu (usahasama) dengan UITM & UPM sejak sekian lama.
Program usahasama ini membawa maksud program-program Diploma yang ditawarkan dari campus induk UITM atau UPM dilaksanakan pembelajarannya di UNITI. Pelajar yang mengikuti program ini akan dianugerahkan diploma daripada UITM atau UPM dan juga merupakan golongan mahasiswa universiti awam. Pelajar juga akan memperolehi kad metrik UITM atau UPM serta boleh menggunakan kemudahan pelajar di campus induk UITM atau UPM. Cuma perbezaan pelajar ini dengan pelajar universiti awam yg lain adalah lokasi kampus pembelajaran sahaja.
Program ini ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang ingin belajar di universiti awam tetapi gagal mendapatkan tempat kerana had minimum yang disyaratkan oleh institusi tersebut amat terhad serta rata-ratanya memerlukan syarat 7A & ke atas mengikut kelayakan SPM pelajar.
Apa kelebihan pelajar yang menyertai program usahasama ini?
-
Pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan diploma dalam istiadat konvokesyen di UiTM & UPM.
-
Silibus pengajaran & sistem peperiksaan yang dijalankan sama seperti di UiTM & UPM.
-
Tenaga pengajar sentiasa mendapat pendedahan dan latihan dari tenaga pengajar UiTM & UPM.
-
Bagi menjaga kualiti yang berterusan, UiTM & UPM mengadakan pemantauan berkala dan audit kualiti setiap tahun.
-
Setiap pelajar layak mendapat pinjaman PTPTN.
-
Graduan dari program usahasama ini juga mempunyai peluang pekerjaan di sektor KERAJAAN mahupun swasta & setaraf dengan graduan-graduan yang mengikuti kursus di kampus induk UiTM & UPM
GRED “ A ” AUDIT KUALITI AKEDEMIK KOLEJ BERSEKUTU UITM

Baru-baru ini Kolej UNITI telah berjaya meningkatkan Gred Audit Kualiti Akademik, Kolej Bersekutu Uitm bagi tahun 2017 Kepada Gred “ A ”.
Pengiktirafan


Di Iktiraf setanding IPTA tempatan
Kolej UNITI merupakan insititusi pengajian tinggi yang diiktiraf dan mendapat kelulusan penuh dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Semua program yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan dari Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Pada tahun 2017 Kolej UNITI sekali lagi diberi Penarafan (tertinggi) 6 * MyQuest 2016/2017. Dengan pengiktirafan ini para graduan dari UNITI berpotensi untuk mendapat pekerjaan dari sektor KERAJAAN mahupun swasta.

Korporat Video Kolej UNITI
Info penubuhan Kolej UNITI dan perkembangan hingga kini
DIPLOMA BERKUALITI , DIIKTIRAF DAN MEMENUHI KEPERLUAN INDUSTRI PEKERJAAN & SEKTOR KERAJAAN
FAQ

Kemudahan dan Kelengkapan di UNITI VILLAGE

Penginapan Pelajar
Kemudahan penginapan asrama disediakan sepenuhnya kepada semua pelajar sehingga tamat pengajian (3 tahun), penginapan jenis apartment dan yang terkini "banglo" khas untuk menampung peningkatan jumlah pelajar yang meningkat. kos- kos lain seperti bil elektrik, air, kos perubatan sekiranya demam atau ke klinik akan diuruskan oleh HEP UNITI.
Pengangkutan disediakan dari bangunan kuliah ke asrama. Jadi ibubapa pelajar tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar dalam memberikan duit poket.
​
Kemudahan Rekreasi
Kemudahan bersukan dan berekriasi juga disediakan di UNITI VILLAGE ini. Ada sebuah padang bola serta gelanggang untuk bermain futsal. Selain daripada itu, ada juga gelanggang bola tampar,baling serta ping pong.
Koperasi UNITI - COOP MART
Koperasi Uniti menyediakan khidmat menjual barangan barangan keperluan pelajar seperti alat tulis, makanan kering dan sebagainya.
Pelajar boleh mendapatkan dan membelinya di Koperasi Uniti.
Kemudahan Pembelajaran
Kolej Uniti menyediakan kemudahan yang serba lengkap seperti Perpustakaan , Bilik kuliah yang berhawa dingin, Makmal komputer, Makmal Eletronik, Studio Fotografi, dan pelbagai lagi.
KELAB USAHAWAN BERI PELAJAR PENDAPATAN SAMPINGAN
Kolej UNITI membuka peluang Sijil Keusahawanan PERCUMA bagi pelajar menambah duit poket mereka pada mereka yang berminat. 2 program Sijil keusahawanan yang sedang berjalan pada masa ini ialah Sijil Keusahawanan Pembinaan dan Sijil Pengusaha Cili Fertigasi.
Program keusahawanan ini mampu memberi pendapatan sampingan kepada pelajar diantara RM 300 ke RM 350 sebulan dengan komitment anggaran sehari 2 jam, 4 kali seminggu. Selain pelajar memiliki sijil tambahan dan membuat pendapatan sampingan semasa menjalani program diploma di UNITI, ia juga dapat membantu pelajar meringankan beban kewangan pada keluarga sepanjang tempoh pembelajaran di sini.
Kemudahan - Kemudahan lain



Pinjaman PTPTN disediakan



Latihan industry disediakan agar pelajar bersedia menempuh alam sebenar.



Lawatan luar untuk program diploma tertentu



Suasana kampus yang berkonsepkan kesederhanaan tetapi Lengkap.

Permohonan kini dibuka bagi sesi kemasukan 2025, Pemohon boleh mengisi borang terlebih dahulu dengan KLIK pada "Borang Permohonan UNITI' . Pegawai kami akan menghubungi pemohon selepas permohonan di semak.
Pemohon juga boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang program yang ditawarkan dengan menghubungi no yang tertera:
Call/SMS/Whatsapp : +6011 5653 7753
UNITI Village Persiaran UNITI, Tanjung Agas, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia