top of page

DIPLOMA IN COMPUTER NETWORK

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit termasuk Matematik dan satu mata pelajaran lain: ATAU

  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

MAKLUMAT UTAMA

Diploma Rangkaian Komputer Kolej UNITI (DCN) dibangunkan bagi menyediakan peluang pendidikan kepada para pelajar lepasan SPM dan sijil dalam bidang rangkaian komputer.  Silibus yang direka bentuk meliputi keperluan semasa dan ia dilengkapi dengan Cisco Certified Network Associate (CCNA) dari CISCO sebagai nilai tambah untuk pelajar mempersiapkan diri ke alam pekerjaan. Pengetahuan teknikal dalam struktur program DCN membolehkan para pelajar memenuhi dunia era digital yang sentiasa berubah dan bersedia menjadi tenaga pekerja mahir dalam bidang sistem rangkaian komputer dan berkebolehan mengaplikasikan ilmunya secara teori dan praktikal. Pelajar DCN juga bersedia untuk mengambil peranan kepimpinan dalam aplikasi pembangunan dan pengurusan teknologi ini. 

Program ini telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2008.  Selepas menamatkan program ini, pelajar berkebolehan menguasai, menyesuaikan dan mengintegrasikan ilmu-ilmu asas dalam bidang sistem rangkaian komputer. Mereka juga berkebolehan secara praktis mengaplikasikan kemahiran komunikasi, berfikir dan penyelesaian masalah serta memiliki sahsiah yang baik dan beretika sebagai jurutera rangkaian komputer 

 

Pengiktirafan:

• Pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

• Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

LALUAN

Graduan Diploma Rangkaian Komputer akan berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan di universiti tempatan atau antarabangsa seperti:

  • Teknologi Rangkaian

  • Sains Komputer

  • Teknologi Maklumat

  • Kejuruteraan Komputer

  • Keselamatan Rangkaian

  • Keselamatan Sistem Komputer

  • Pendidikan (Komputer/Teknologi Maklumat)

PELUANG KERJAYA 

Pelajar lepasan DCN juga berpeluang untuk bekerja di dalam bidang yang berkaitan seperti:

  • Koordinator

  • Penganalisis Rangkaian

  • Juruteknik Rangkaian

  • Pembantu Jurutera Rangkaian

  • Sistem/ Juruteknik Sokongan 

  • Pegawai ICT

  • Pakar Bantuan IT

STRUKTUR PROGRAM

Semester 1

  • Asas Pengaturcaraan

  • Asas Komputer

  • Kalkulus

  • Pengajian Malaysia 2

  • Foundation English

Semester 2

  • Organisasi Komputer

  • Pengaturcaraan Rangkaian

  • Matematik Diskrit

  • Data Komunikasi dan Rangkaian

  • Intermediate English

  • Pengantar Pemikiran Kritis & Kreatif / Bahasa Kebangsaan

Semester 3

  • Pentadbiran dan Pengurusan Rangkaian

  • CCNA I: Asas Rangkaian

  • Pangkalan Data

  • Rangkaian Multimedia

  • Pengaturcaraan Internet

  • English For Academic Purposes

Semester 4

  • Unix & Linux

  • Penyelesaian Masalah Rangkaian

  • CCNA II: Protokol dan Konsep Rauter

  • Professional Communication

  • Etika Dan Moral Di Malaysia

Semester Pendek

  • Latihan Industri

Semester 5

  • Server Akses Jauh

  • Reka Bentuk Rangkaian

  • CCNA III: Pensuisan LAN dan Tanpa Wayar

  • Sistem Operasi Rangkaian

  • Khidmat Sosial

  • Pendidikan Islam /Manusia & Agama

Semester 6

  • Keselamatan Rangkaian

  • CCNA IV : Mengakses WAN

  • Pengurusan Projek

  • Keselamatan Web/Rangkaian Tanpa Wayar

  • Tamadun Manusia

AGENSI AKREDITASI

Reference No. MQA : A 9753
Reference No. KPT :(R/481/4/0322) 05/2024

Tempoh Pengajian : 3 Tahun

bottom of page