top of page

DIPLOMA PENDIDIKAN DAN ASUHAN AWAL KANAK-KANAK

(Dahulu dikenali Diploma Pra-Sekolah)
SYARAT KEMASUKAN
  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran atau kelayakan  lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

MAKLUMAT UTAMA

Merupakan bidang yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam sektor industri mahu pun akademik yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Program ini adalah hasil gabungan semua pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya dalam pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang menyentuh perkembangan psikologi, pengurusan, keusahawanan dan disiplin lain. Pembelajaran secara teori juga  praktikal yang aktif memberikan nilai tambah dan kemahiran kepada pelajar untuk memahami amalan dan aplikasi sebenar di industri kanak-kanak. Kurikulum Diploma Pendidikan dan Asuhan Awal Kanak-Kanak direka sesuai dengan teknik pengajaran kreatif juga meraikan fitrah kanak-kanak dalam konsep perkembangan menyeluruh.

LALUAN

Peluang Menyambung Pelajaran

  •  UPSI

  •  UKM

  •  UNIMAS

  •  USM

  •  IPTAs dalam bidang yang sama

Peluang Kerjaya

  • Sektor pendidikan, guru kerajaan atau swasta

  • Keusahawanan 

  • Penjagaan kanak-kanak (asuhan/ taska)

  • Pentadbiran dan pengurus pusat penjagaan kanak-kanak dan pendidikan

  • Pakar runding kanak-kanak

  • Penulis buku kanak-kanak

STRUKTUR PROGRAM

Semester 1

  •    Basic English

  •    Etika dan Moral

  •    Pengenalan Teknologi Maklumat

  •    Pengenalan Kepada Falsafah & Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak

  •    Pengenalan Kepada Teori Perkembangan Kanak-kanak

  •    Isu-isu Semasa Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Semester 2

  •    Intermediate English

  •    Pengajian Malaysia 2

  •    Pendekatan Bermain Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

  •    Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Awal Kanak-kanak

  •    Asas-asas Pendidikan Islam & Moral Awal Kanak-kanak

  •    Merangsang Sosio Emosi Awal Kanak-kanak

Semester 3  

  •    Bahasa Kebangsaan / Pengantar Pemikiran Kreatif dan Kritis

  •    Professional Communication 

  •    Pendidikan Nutrisi, Kesihatan & Keselamatan Kanak-kanak

  •    Aplikasi Teknologi dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

  •    Penyediaan Pusat Jagaan/ Asuhan Yang Berkualiti

  •    Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak yang Berkualiti

Semester 4

  •    Ekspresi Seni & Kreativiti Kanak-kanak

  •    Pendidikan Sains & Numerasi Awal Kanak-kanak

  •    Perkembangan Bahasa & Literasi Awal Kanak-kanak

  •    Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

  •    Merangsang Perkembangan Fizikal Awal Kanak-kanak

  •    Khidmat Sosial

Semester 5

  •    Pengesanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas

  •    Mengurus Tingkah Laku Kanak-kanak

  •    Penyeliaan Dalam Persekitaran Awal Kanak-kanak

  •    Amalan Musikal Dalam Meningkatkan Perkembangan Kanak-kanak

  •    Merangsang Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

  •    Keusahawanan

Semester 6

  • Latihan Praktikum

AGENSI AKREDITASI

No Ruj MQA: MQA/FA 0648
No Ruj KPT: (R/143/4/0057) 04/2023

Tempoh Pengajian : 3 Tahun 

bottom of page