top of page

Apa Kata Alumni UNITI

Dr Nur Athirah merupakan alumni Kolej UNITI. Beliau sekarang bekerja sebagai Pensyarah Uni. Kebangsaan Malaysia (UKM)

Terima kasih Dr Nur A'thiroh Masyaa'il Tan kerana masih berhubung dengan kami walaupun sibuk dengan tuntutan kerja. Dr Athiroh merupakan salah seorang alumni Diploma Pengajian Islam (syariah) Kolej UNITI.

Memeluk Islam pada tahun 1995. Dr Athiroh memilih Kolej UNITI dan menjalani kehidupan sebagai siswi Diploma Pengajian Islam (Syariah) pada tahun 2001 hingga 2003. Melanjutkan pengajian peringkat ijazah di UKM dan menerima Anugerah Pelajaran Diraja sekali gus dianugerahkan Pingat Jasa Cemerlang (PJC) pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kali ke-35 tahun 2007.

Setelah itu Dr Athiroh tidak menoleh ke belakang lagi. Selain berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Jabatan Dakwah Universiti Kebangsaan Malaysia, kini hidupnya adalah untuk dakwah dan mendidik khususnya di kalangan saudara baru. Telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan di peringkat negeri dan nasional di atas sumbangan langsung beliau dalam dakwah.

Tahniah barisan pendidik dan pentadbir di UNITI yang melahirkan benih sebaik ini. Syabas Dr Athiroh! Anda antara inspirasi terbaik pelajar Kolej UNITI. Kami tumpang bangga dengan pencapaian anda. Kami doakan Dr Athiroh semoga terus maju dan cemerlang dalam berdakwah. 

Jom kita dengar apa kata beliau tentang Kolej UNITI.

PU SYED atau Pencetus Ummah Syed Mohd Bakri merupakan Alumni Kolej UNITI Port Dickson (2001-2003) dalam bidang Dip. Pengajian Islam.

Terima kasih Pencetus Ummah Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak kerana masih berhubung dengan kami walaupun telah menjadi seorang selebriti popular. PU Syed merupakan salah seorang alumni Diploma Pengajian Islam Kolej UNITI.

Kami tumpang bangga dengan pencapaian anda. Kami doakan PU Syed terus memberi manfaat kepada orang lain. Jom kita dengar apa kata beliau tentang UNITI. 

Alumni Diploma Komunikasi Media Kolej UNITI

==============
MYZIFF BAKERS
==============

Haniz Amira Ahamat, merupakan bekas pelajar Diploma in Accountancy (DIA) UiTM, Kolej UNITI Port Dickson kini menjadi usahawan kek sejuk beku jenama MyZiff Bakers, yang bukan saja mula menguasai pasaran tempatan malah menjengah ke luar negara.

Amira, anak bongsu daripada empat beradik, membesar dengan melihat kegigihan kedua-dua ibu bapanya, Fauziah Tawil dan Ahamat Leman membuat serta menjual kek untuk mencari sumber pendapatan tambahan bagi menampung keperluan keluarga.

Ikuti artikel penuh mengenai kisah suka duka & kejayaan Amira di http://bit.ly/alumni01DIA

bottom of page