top of page

DIPLOMA KOMUNIKASI & MEDIA

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM atau setaraf dengannya sekurang - kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran termasuk bahasa inggeris ; atau

  • Lulus Sijil Tertinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengannya, dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran dan kredit dalam Bahasa Inggeris di Peringkat SPM atau yang setaraf dengannya ; atau 

  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred maqbul dan kredit dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau setaraf dengannya ; atau 

  • Sijil dalam Media dan Komunikasi atau yang setaraf dengannya.

MAKLUMAT UTAMA

Diploma Komunikasi dan Media adalah program di bawah Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan (FTK), Kolej UNITI. Program ini dibangunkan untuk melengkapkan pengetahuan dan kemahiran tentang peranan media massa berikutan perkembangan terkini yang juga membantu pembangunan pelbagai organisasi.

Ia juga memberikan peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang komunikasi massa. Selain dapat memupuk kreativiti dan inovasi, program ini dapat menanamkan kemahiran interpersonal yang berkesan serta nilai etika yang tinggi dan tanggungjawab sosial di kalangan pelajar.

Melalui kombinasi teori dan praktikal melalui kajian media yang dilakukan, pelajar berkemahiran dalam penulisan media, produksi audio dan video, penyiaran televisyen dan radio komersil, dan percetakan menggunakan alat dan perisian terkini.

LALUAN

Peluang Menyambung Pelajaran

Pelajar lepasan Diploma Komunikasi dan Media (DKM) berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan di universiti-universiti tempatan atau antarabangsa seperti:

  • Sains Sosial (Komunikasi) 

  • Sains Sosial (Komunikasi Media) 

  • Sains Sosial (Komunikasi Dan Pengurusan Maklumat)

  • Sains Sosial (Komunikasi Dan Dasar Awam) 

  • Sastera (Pengajian Media) 

  • Penulisan (Penulisan Skrin)

  • Penulisan Dengan Kepujian (Penulisan Kreatif)

  • Teknologi Media 

  • Komunikasi Penyiaran

  • Komunikasi Media Baru

  • Komunikasi Interpersonal

  • Komunikasi Massa (Penyiaran) 

  • Komunikasi Massa (Periklanan) 

  • Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) 

  • Komunikasi Massa (Penerbitan) 

  • Komunikasi Massa (Kewartawanan) 

  • Komunikasi (Pengurusan Komunikasi Dan Polisi)

Peluang Kerjaya

Graduan juga berpotensi untuk bekerja di sektor awam dan swasta, sama ada sebagai profesional atau kakitangan sokongan. Antara peluang pekerjaan yang akan ditawarkan ialah:

  • Pegawai Perhubungan Awam / Penolong Pegawai Perhubungan Awam (Eksekutif PR)

  • Eksekutif pengiklanan

  • Pembantu Pengeluaran

  • Pembantu Editorial

  • Penulis Skrip

  • Penulis Kerja Kreatif

  • Penulis Iklan

  • TV dan Radio Newsreader

  • Wartawan Akhbar, TV dan Majalah

STRUKTUR PROGRAM

Semester 1

  •    Pengenalan Kepada Komunikasi Media

  •    Asas Pengiklanan

  •    Pengenalan kepada Sosiologi

  •    Komputer dalam Komunikasi

  •    Foundation English

  •    Pengajian Malaysia 2

Semester 2

  •    Asas Kewartawanan

  •    Komunikasi Fotografi Digital

  •    Komunikasi Interpersonal

  •    Pengucapan Awam

  •    Intermediate English

  •    Pengantar Pemikiran Kritis & Kreatif / Bahasa Kebangsaan

Semester 3

  •    Penerbitan dan Rekabentuk Media

  •    Media Baru dan Rangkaian Sosial

  •    Asas Penyiaran

  •    Penulisan Media

  •    Keusahawanan

  •    English For Academic Purposes

Semester  4

  •    Undang-Undang dan Etika Media

  •    Komunikasi dan Pengurusan Acara

  •    Perhubungan Awam

  •    Penerbitan Radio

  •    Professional Communication

  •    Etika dan Moral di Malaysia

Semester  5

  •    Media Teknologi & Masyarakat

  •    Penerbitan Video / Televisyen

  •    Metodologi Penyelidikan

  •    Pengumpulan dan Penulisan Berita

  •    Komunikasi Kepimpinan

  •    Khidmat Sosial

Semester  6

  •    Latihan Praktikal

 

AGENSI AKREDITASI

No.Ruj MQA : FA 1892
No.Ruj KPT :(R/321/4/0068) 04/2023

Tempoh Pengajian : 3 Tahun

bottom of page